KREDIT to : BRO DILEMMA
Saya nak tambah sikit berkenaan "pagi-pagi buat listing" nih. Benda ni sebenarnya saya baru sedar lepas dok membaca, membaca dan membaca. Timing penyenaraian memainkan peranan yang agak penting dalam bereBay. Kalau boleh, kita nak ending time barang-barang yang kita senaraikan tuh betul-betul habis masa waktu puncak (waktu memang orang tengah ramai membeli-belah di eBay).
Persoalannya, bila?
Mengikut kajian demografik trafik oleh eBay, waktu puncak paling ramai orang membeli belah di eBay adalah pada pukul 6.00 p.m - 9.00 p.m hari Ahad (masa adalah mengikut PST @ Pacific Time).
Kenapa?
Hari Ahad adalah hari kebanyakan mereka bersenang-lenang bersama keluarga, duduk rumah, dan masa ini diorang akan ambil kesempatan untuk membeli-belah di eBay (membeli secara online sudah menjadi budaya di sana). Waktu 6.00 p.m - 9.00 p.m pula menjadi waktu puncak mungkin kerana pada ketika inilah waktu prima mereka untuk beronline (kalau kat Malaysia, waktu nilah kita sama-sama dengan family members or kawan-kawan duduk depan TV - lebih kurang macam tu lah).
So, kalau kat Malaysia, pukul berapa?
Kalau kat Malaysia, waktu ini adalah lebih kurang pukul 9.30 a.m - 11.30 a.m.
Nota: Untuk memeriksa PST @ Pacific Time pada laman web ebay, anda boleh lihat pada bahagian bawah laman utama mereka dan klik pada bahagian yang tertulis "eBay Official Time".
Jadi hari apa yang saya perlu buat listing supaya barang-barang yang saya listkan akan habis tepat pada waktu tersebut?
Untuk perkara ini, kita kena tahu yang eBay punya online listing auction duration ada terbahagi kepada 4 iaitu, 3 hari, 5 hari, 7 hari dan 10 hari. Oleh yang tersebut, untuk kita di Malaysia, waktu yang sesuai untuk kita buat listing supaya habis pada waktu puncak adalah seperti berikut.
1. Untuk 7 Hari: Hari Isnin pukul 9.30 a.m - 11.30 a.m.
2. Untuk 5 Hari: Hari Rabu pukul 9.30 a.m - 11.30 a.m.
3. Untuk 3 Hari: Hari Jumaat pukul 9.30 a.m - 11.30 a.m.
4. Untuk 10 Hari: Hari Jumaat pukul 9.30 a.m - 11.30 a.m.
Nota: Kesemua waktu di atas adalah waktu Malaysia. Take note bahawa kita di Malaysia adalah tercepat sebanyak kurang lebih sehari dengan diorang.
Adakah ini bermakna saya tidak perlu membuat listing secara harian?
Ini bergantung kepada strategi perniagaan anda. Ada yang gemar melakukan jualan setiap hari. Ada juga yang gemar melakukan jualan hanya pada hujung minggu sahaja (sekali kutip sekali arung semua). So, itu semua bergantung kepada strategi perniagaan anda. Kalau anda nak buat listing secara harian, pastikan juga anda melakukan pada waktu yang lebih kurang sama seperti yang di nyatakan di atas. Alasannya? Waktu ini mereka telah pulang kerja dan inilah masa yang mereka gunakan untuk bershopping!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam bro. masa yg bro nyatakan tu boleh guna utk list di ebay australia tk?
ReplyDelete