Sunday, December 6, 2009

Kalkulator Untuk Kira Keuntungan Ebay

Adeh sy bengang jugak jumpa dgn sesetengah Seller...baru bulan May register id ebay...then jual brg AN harga bid 0.01 + Free Shipping.....listing sampai lebih 20 items...Jual brg2 Panas(vero).....

Kdg2 terfikir mcmana diorg markup utk harga siling brg...

Sy selalu guna calculator ebay= http://www.rolbe.com/ebay.htm

Postal Charges..Mana Pilihan Terbaik

Masalah Listing dan Store Ebay

Masalah Utama Orang Berhingus
Aku dah lama tak main eBay. Tapi lepas meeting dengan Bro. Zacky hari tuh tiba-tiba rasa bersemangat balik la plak nak main eBay. Aku pun buat research la sikit-sikit. Lama tak masuk market, tetiba bila masuk.. Aduhlaa.. Aku tak paham apa yang orang berhingus macam aku nih buat. Ini komplen aku:

1) Masalah Pricing

Aku tak paham kenapa ada orang letak harga $0.99 + Free Shipping, lepas tuh, dia punya item description tulisan sikit jerk. Nak kata buat cross sales tak, nak kata up sales pun tak, back end sale tuh tak tau plak aku. Memang la kita meniaga. Tapi bila barang terjual tuh tak semestinya untung. Modal jualan mana letak?

dilemma: Ini bukan meniaga. Ini bunuh diri namanya.

2) Masalah Store

Store tuh berbayar. Tapi kalau letak 3 ketul barang jer dalam tuh buat apa buka store. Membazir duit jerk. Dah alang-alang ada store, bagi ler penuh store tuh. Jangan segan jangan malu. Modal 3 sen jerk. Lepas store dah cun.. Barang sumer dah susun baik punya, baru ler run listing. Ini tidak.. Listing tuh dia banyak, dalam store ada 3 ketul barang. Cess..

dilemma: Itu nasib baik ada 3 ketul. Ada yang tak letak langsung.

3) Masalah Item Description

Ini pun masalah gak nih. Ada kaitan dengan masalah 1. Item description buat macam nak tak nak. Cuba ambik pengajaran daripada orang yang meniaga kat kedai. Tengok macam mana diorang ayat kita suruh beli barang. Dekat item description kita pun kena buat macam tuh jugak. Once customer tuh dah sampai dekat kita punya item, make sure dia tak tekan "Back Button" and terus beli. Buat homework sikit. Bagi item descrption tuh nampak cun.

dilemma: Tau kenapa tokey kedai suka ambik sales GIRL dan bukan sales BOY?

Banyak lagi aku kena belajar nih. Banyak silap aku buat. Market dah ler makin tepu. Sumer pun jual barang samer jerk.. Dapat duit insurance, aku nak modalkan beli barang fizikal. Tunggu jer laaa..

Bagaimana nak tahu Jenama Larangan Jualan Di Ebay

Sila lawati link di bawah ini...

ni link dia

Check Vero utk keselamatan akaun anda

cara nk check senang je, lepas ko load page ni, ko tekan CTRL F, then taip le apa yg nk dicheck tu.

Masa Paling Sesuai Untuk Buat Listing Di Ebay US

KREDIT to : BRO DILEMMA

Saya nak tambah sikit berkenaan "pagi-pagi buat listing" nih. Benda ni sebenarnya saya baru sedar lepas dok membaca, membaca dan membaca. Timing penyenaraian memainkan peranan yang agak penting dalam bereBay. Kalau boleh, kita nak ending time barang-barang yang kita senaraikan tuh betul-betul habis masa waktu puncak (waktu memang orang tengah ramai membeli-belah di eBay).

Persoalannya, bila?

Mengikut kajian demografik trafik oleh eBay, waktu puncak paling ramai orang membeli belah di eBay adalah pada pukul 6.00 p.m - 9.00 p.m hari Ahad (masa adalah mengikut PST @ Pacific Time).

Kenapa?

Hari Ahad adalah hari kebanyakan mereka bersenang-lenang bersama keluarga, duduk rumah, dan masa ini diorang akan ambil kesempatan untuk membeli-belah di eBay (membeli secara online sudah menjadi budaya di sana). Waktu 6.00 p.m - 9.00 p.m pula menjadi waktu puncak mungkin kerana pada ketika inilah waktu prima mereka untuk beronline (kalau kat Malaysia, waktu nilah kita sama-sama dengan family members or kawan-kawan duduk depan TV - lebih kurang macam tu lah).

So, kalau kat Malaysia, pukul berapa?

Kalau kat Malaysia, waktu ini adalah lebih kurang pukul 9.30 a.m - 11.30 a.m.

Nota: Untuk memeriksa PST @ Pacific Time pada laman web ebay, anda boleh lihat pada bahagian bawah laman utama mereka dan klik pada bahagian yang tertulis "eBay Official Time".

Jadi hari apa yang saya perlu buat listing supaya barang-barang yang saya listkan akan habis tepat pada waktu tersebut?

Untuk perkara ini, kita kena tahu yang eBay punya online listing auction duration ada terbahagi kepada 4 iaitu, 3 hari, 5 hari, 7 hari dan 10 hari. Oleh yang tersebut, untuk kita di Malaysia, waktu yang sesuai untuk kita buat listing supaya habis pada waktu puncak adalah seperti berikut.

1. Untuk 7 Hari: Hari Isnin pukul 9.30 a.m - 11.30 a.m.
2. Untuk 5 Hari: Hari Rabu pukul 9.30 a.m - 11.30 a.m.
3. Untuk 3 Hari: Hari Jumaat pukul 9.30 a.m - 11.30 a.m.
4. Untuk 10 Hari: Hari Jumaat pukul 9.30 a.m - 11.30 a.m.

Nota: Kesemua waktu di atas adalah waktu Malaysia. Take note bahawa kita di Malaysia adalah tercepat sebanyak kurang lebih sehari dengan diorang.

Adakah ini bermakna saya tidak perlu membuat listing secara harian?

Ini bergantung kepada strategi perniagaan anda. Ada yang gemar melakukan jualan setiap hari. Ada juga yang gemar melakukan jualan hanya pada hujung minggu sahaja (sekali kutip sekali arung semua). So, itu semua bergantung kepada strategi perniagaan anda. Kalau anda nak buat listing secara harian, pastikan juga anda melakukan pada waktu yang lebih kurang sama seperti yang di nyatakan di atas. Alasannya? Waktu ini mereka telah pulang kerja dan inilah masa yang mereka gunakan untuk bershopping!

Kenapa Ebay Suspenkan Akaun

Masalah-Masalah Berkenaan Paypal